sh0ut 0ut here !

Friday, December 6

Aku telah dipilih


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah setelah sekian lama m’jauhkn diri dr blog timbul rase tanggungjawab dan keinginanku utk menyebar sedikit ilmu, walaupun tak banyak sedikit sebanyak dapat membantu dalam menasihati dan saling berpesan.

*****************
Demi meraih nur, hidayah dan kasihNya, Aku tidak patah semangat dan sentiasa berusaha utk m’dapat keredhaan dan rahmat Allah di dunia & akhirat.

Sepatah kata Ammatullah (Hamba Allah), “Aku bukanlh manusia yang dipilih oleh Allah untuk dilahirkn di dalam keluarga dan rumpun islam, namun aku telah dipilih olehNya untuk mendapat Nur dan HidayahNya. Betapa besarnya nikmat dah rahmat yang Kau kurniakan padaku ini.’’ Sungguh indah kehidupan bagi org yg dipilih oleh Allah walupun bkn dr keturunan. Org inilh yg Allah anugerahkn kepada mereka seorg yg sabar, tabah dalam menghdapi ujian mencari sinarNya. Namun, lain pula dgn kehidupan mereka yg telah bergelar Islam. Islam sekadar nama. Islam yg tidak mampu menolong agama Allah sendiri.’’ kolilanmma tasykurun’’ , hanya sedikit shaja manusia yg bersyukur.
Minat mendalam ?
Hasil pembacaan dan penilitian yg dilakukan, akhirnya menarik minat Ammatullah utk mendalami islam dan perasaan ingin tahu tehadap islam membuak-buak. Ammatullah berusaha menambahkn pengetahuan supaya sentiasa bercambah dr hari ke hari. Ammatullah cuba menebak apakah hikmah disebalik kejadian yg diciptakn di dunia ini. Daripada penciptaan Adam dan hawa hinggalah sekecil-kecil zarah dan melibatkn perintah dan laranganNya. Daripada minatnya yg sekecil-kecil timbunan pasir, ia merebak menjadi seluas lautan berombak hingga membuatkan dirinya jatuh cinta dengan agama Allah. Inilah yg dikatakan hidayah Allah kn ? mereka sibuk mencari dan mendalami agama tapi org islam yg sejak azali ? tepuk dada tanya iman. Kadang mereka lebih banyak ilmu drpd org islam sendiri. Allahurabbi.
Kesedihan adalah kegembiraan ?
Kata-kata yang meniti dibibir Ammatullah, "sukar untuk aku menggambarkan perasaanku pada saat itu. Menerima Islam. memang mudah tapi pasti ada halangan. Akibat tidak tertahan menanggung sebak didada, akhirnya air mata juga menitis berguguran menyembah bumi, tanda syukur pada yang Esa. bersyukur diberi Nur. Hidayah. memang tidak dapat disangkal lagi, kehebatan yang ditunjukkan Allah kepada hamba-hambaNya. Aku tahu disebalik kesusahan, kesedihan pasti akan terselit kegembiraan dan kebahagiaan yg tidak diduga.'' 
Islam penenang jiwa ?
Ammatullah : ''Ya! ketika itu aku sedar, betapa besar kasih dan cintaNya pada hamba sehingga Dia memilih aku utk kembali kepada agama yg benar dan sahih. agama yg lurus. Dari saat itu hatiku terasa menjadi tenang. Kitab yg menjadi panduan tidak ada keraguan. Jiwa pula kian terisi dgn Nur Islam yg sememangnya Al-quran memanduku. Aku berusaha mempelajari sedikit demi sedikit hal-hal berkaitan solat, puasa, menghafal Al-quran iaitu surah-surah lazim dan mempraktikan dalam kehidupan seharian.''
Lumrah hidup...
sungguh utk berusah menjadi ummat yg tebaik, pasti ada ujian dan halangan. janji Allah dalam kitabNya, "Tidakkah aku mengira bahawa aku menciptakan kamu dengan me'biarkan kamu begitu shaja sedangkan kamu tidak diuji ?'' . Benarlah. sungguhnya seseorg itu diuji. diuji utk melihat iman. adakah mereka dpt melpasinya atau mereka menjadi kufur? berbaliklah kepada kitabnya. semoga Allah melindungi akidahku, agamaku dan imanku. Tak mengapalah wahai saudaraku jika hidup ini terus dihujani dengan pelbagai ujian dan dugaan. Anggaplah setiap ujian dan dugaan menguji iman dan sebagai perintis untuk kita meraih cinta Allah dengan mendekatkan diri kepadaNya..

 

 

No comments:

Post a Comment