sh0ut 0ut here !

Tuesday, October 22

Mujahadah itu manis


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam hormat ku tujukan buat muslimin dan salam mesra ku hulurkan buat muslimat yang membaca blog ini.

****

Tingkah laku. Perasaan. Hati. Akal. Semuanya berkait rapat. Sebab perasaan, hati, dgn akal, badan akan memberi tindak balas. Senang cter respons laa. Tapi perasaan, hati susah untuk dikawal. Andai diri ini mampu melawan segala duri-duri yang tajam yang ada dihadapan, sungguh gembira hati ini. Menjadi muslimah tidak susah. Namun, hati yang tabah perlu ada bersama melalui segala badai dan sepanjang perjalanan ujian yang diberi. Kadang hati terdetik. Mampukah aku menjadi seorang muslimah yang tidak memandang dan dipandang. Sungguh Tuhan saja tahu hati ini. Lihat sajalah dunia hari ini, ramai diantara mereka mahukan perhatian atau diperhati. Aku selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik tapi tak bermakna aku sudah berjaya melepasinya. Sungguh dunia hari ini sangat mencabar. Menjadi baik mesti ada halangannya bukan ? Dunia maju. Moden. Alatan semua serba canggih. Tapi pernah tidak kita merenung dengan mata hati dan akal. Setiap detik kehidupan pasti tidak terlepas dengan kemudahan moden dan canggih. Tidak terlepas jugak dengan laman-laman media sosial seperti cendawan tumbuh selepas hujan. *ayat bm. Abaikan. Huh! Aku sendiri pon t’ikut-ikut dengan perkembangan semasa.

Tapi diri ini leka. Lalai. Sudah diberi peringatan namun masih lagi lalai. Manusia. Seperti yang disebut perkataan bahasa arab yang berasal drp nasia. Pelupa. Aku selalu berusaha dan berharap ingin menjadi seperti muslimah, akhowat yang mampu menjaga hubungannya dgn Allah dan seterusnya manusia. Ya Allah! Aku tahu ‘’Engkau tidak akan membebankan hambanya melainkan apakan terdaya.’’ Itulah yang telah termaktub dalam KalamMu.

Untuk menjadi terbaik. Pernah aku dengar. Perlu menjaga pakaiannya.erk? pakaian je ke? Melalui percakapan pon sometimes we can judge him or her atau dgn erti kata lain menilai. Sebab melalui pakaian kadang kite boleh lihat org tuh, pembersih atau pengotor, right ? itulaaa yang selalu kite duk dengar mase kecik-kecik kan? And now melalui pakaian jugak kite boleh tgk taqwa seseorang. Melalui perbuatan dan percakapan jugak org tahu sikap kita macam mne. Melalui percakapan jgk org boleh tahu kite sombong. Tapi bila hati Allah sahaja  tahu org lain tak tahu. Dah laa dgn teknologi skrg kite seperti hidup ditengah-tengah masyarakat. Untuk memuaskan hati manusia memang kite tak mampu. Walupun dgn media masa skrg, namun kite disuruh menjaga adab-adab agar tidak menjadi fitnah. Tak gitu ?

Sungguh diri kite sebenarnya kotor. Bila kita disisi Allah kite akan rasa hina. Kerdil. Aku manusia yang tidak mampu untuk menyenangkan hati manusia. Aku tidak mampu menutup mulut-mulut manusia. Hati manusia siapa yang tahu. Demi menutup mulut-mulut ini, muhasabah adalah salah satu caranya. Sebab perbuatan diri sendiri mulut-mulut ini sentiasa tebuka.

Sometimes I felt disappointed. Why ? disappointed dgn diri sendiri, kawan. Hurm. Mane tak nya aku alah dan I felt weird dgn kawan-kawan yang menjaga hubungannya kat luar tapi bila kat media sosial mereka tak mampu menjaga. Yupp. I’m not said to them, but sometimes I’m actually sendiri melakukannya. Hebat jahiliyah. Syabas. Kau mampu menewaskan muslimah-muslimah yang ada. Tapi jahiliyah kau mengecewakan hati aku. Aku sedih. Aku lihat kawan-kawan aku yg menjaga syariatNya diluar tapi di laman….. aku jugak sedih dgn diri aku. Bimbinglah aku dikala aku leka.

Makin kita cari Tuhan dalam sujud makin kita sedar Allah ada dalam menjaga hati kite dgn syariatNya. Once, kita ada tuhan dalam hati, saat itu kita tahu kite ada semuanya. Kita ada Allah untuk terus berusaha berada dijalanNya.

‘’Di antara ciri keislaman seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya.’’ (Hadis riwayat Tirmizi)