sh0ut 0ut here !

Friday, January 20

st0ry 0f m0ral value~

  hmm,,k0rang nk dgr cter x??? mcm nih citernye...   


Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada es0k hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah 0rang yang mereka benci.

Kees0kan harinya, setipa murid membawa beg plastik berisi pisang mereka masing-masing. Ada yang membawa 3 biji, 5 biji dan paling banyak 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama 0rang yang mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya." beritahu cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak suka permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bers0rak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

''0key semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan men0nt0n TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada 0rang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak b0leh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa kan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu." beritahu cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci. M0ralnya jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga HATI.

Ingat ye adik-adik!



No comments:

Post a Comment