Cinta
***Cintailah Allah dan keranaNya***
Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk
kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka
dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari
orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang
kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan
kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan
orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara
menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi
lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang
menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu
sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat
menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke
dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling
berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya
terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu
sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka
seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan
besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya
cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai
menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada
pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari
langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di
sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang
tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~
Hamka Kata-kata cinta yang
lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan
seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar
kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan.Namun bercinta dgn si Dia adalah kekal selamanya. Untuk raih cintaNya memang sukar melainkan kite terus berusaha utk menjadi yg terbaik.
credits fr0m si Dia~
|
am I right??? |
No comments:
Post a Comment