Assalamualaikum.
Salam sejahtera. Salam hormat ku tujukan buat muslimin dan salam mesra ku
hulurkan buat muslimat yang membaca blog ini.
****
Tingkah laku.
Perasaan. Hati. Akal. Semuanya berkait rapat. Sebab perasaan, hati, dgn akal,
badan akan memberi tindak balas. Senang cter respons laa. Tapi perasaan, hati susah
untuk dikawal. Andai diri ini mampu melawan segala duri-duri yang tajam yang
ada dihadapan, sungguh gembira hati ini. Menjadi muslimah tidak susah. Namun,
hati yang tabah perlu ada bersama melalui segala badai dan sepanjang perjalanan
ujian yang diberi. Kadang hati terdetik. Mampukah
aku menjadi seorang muslimah yang tidak memandang dan dipandang. Sungguh
Tuhan saja tahu hati ini. Lihat sajalah dunia hari ini, ramai diantara mereka
mahukan perhatian atau diperhati. Aku selalu berusaha untuk menjadi yang
terbaik tapi tak bermakna aku sudah berjaya melepasinya. Sungguh dunia hari ini
sangat mencabar. Menjadi baik mesti ada halangannya bukan ? Dunia maju. Moden.
Alatan semua serba canggih. Tapi pernah tidak kita merenung dengan mata hati
dan akal. Setiap detik kehidupan pasti tidak terlepas dengan kemudahan moden
dan canggih. Tidak terlepas jugak dengan laman-laman media sosial seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. *ayat bm. Abaikan. Huh! Aku sendiri pon
t’ikut-ikut dengan perkembangan semasa.
Tapi diri ini leka.
Lalai. Sudah diberi peringatan namun masih lagi lalai. Manusia. Seperti yang
disebut perkataan bahasa arab yang berasal drp nasia. Pelupa. Aku selalu
berusaha dan berharap ingin menjadi seperti muslimah, akhowat yang mampu
menjaga hubungannya dgn Allah dan seterusnya manusia. Ya Allah! Aku tahu ‘’Engkau tidak akan membebankan hambanya
melainkan apakan terdaya.’’ Itulah yang telah termaktub dalam
KalamMu.
Untuk menjadi
terbaik. Pernah aku dengar. Perlu menjaga pakaiannya.erk? pakaian je ke?
Melalui percakapan pon sometimes we can judge him or her atau dgn erti kata
lain menilai. Sebab melalui pakaian kadang kite boleh lihat org tuh, pembersih
atau pengotor, right ? itulaaa yang selalu kite duk dengar mase kecik-kecik
kan? And now melalui pakaian jugak kite boleh tgk
taqwa seseorang. Melalui perbuatan dan percakapan jugak org tahu sikap kita
macam mne. Melalui percakapan jgk org boleh tahu kite sombong. Tapi bila hati
Allah sahaja tahu org lain tak tahu. Dah
laa dgn teknologi skrg kite seperti hidup ditengah-tengah masyarakat. Untuk
memuaskan hati manusia memang kite tak mampu. Walupun dgn media masa skrg,
namun kite disuruh menjaga adab-adab agar tidak menjadi fitnah. Tak gitu ?
Sungguh diri kite
sebenarnya kotor. Bila kita disisi Allah kite akan rasa hina. Kerdil. Aku
manusia yang tidak mampu untuk menyenangkan hati manusia. Aku tidak mampu
menutup mulut-mulut manusia. Hati manusia siapa yang tahu. Demi menutup mulut-mulut
ini, muhasabah adalah salah satu caranya. Sebab perbuatan diri sendiri
mulut-mulut ini sentiasa tebuka.
Sometimes I felt
disappointed. Why ? disappointed dgn diri sendiri, kawan. Hurm. Mane tak nya
aku alah dan I felt weird dgn kawan-kawan yang menjaga
hubungannya kat luar tapi bila kat media sosial mereka tak mampu menjaga.
Yupp. I’m not said to them, but sometimes I’m actually sendiri melakukannya. Hebat jahiliyah. Syabas. Kau mampu menewaskan
muslimah-muslimah yang ada. Tapi jahiliyah kau mengecewakan hati aku. Aku
sedih. Aku lihat kawan-kawan aku yg menjaga syariatNya diluar tapi di laman…..
aku jugak sedih dgn diri aku. Bimbinglah aku dikala aku leka.
Makin kita cari Tuhan dalam sujud
makin kita sedar Allah ada dalam menjaga hati kite dgn syariatNya. Once, kita
ada tuhan dalam hati, saat itu kita tahu kite ada semuanya. Kita ada Allah
untuk terus berusaha berada dijalanNya.
‘’Di antara ciri
keislaman seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat
baginya.’’ (Hadis riwayat Tirmizi)